Kenapa Bisnes Hai-O ?

Dalam melakukan sesuatu perniagaan jualan langsung kita mesti melihat kepada 3 perkara asas yang akan menentukan kejayaan dan kelangsungan sesuatu perniagaan itu iaitu :-
1. Syarikat
2. Barang
3. Sistem pemasaran

Hai-O marketing memenuhi kriteria ini di mana syarikat Hai-O sendiri telah wujud sejak lebih dari 17 tahun.Hai-O ditubuhkan pada tahun 1992.Hai-O juga mengeluarkan barang yang mendapat permintaan yang tinggi dikalangan pengguna seperti pakaian dalam beautiful,penapis air Bio aura dan makanan sampingan Maharani.Di sudut sistem pemasaran Hai-O menawarkan sistem network marketing yang memberi pulangan keuntungan sebanyak 67% kepada para pengedarnya.

Friday, June 19, 2009

Hai-O dan Hutang Bank

Anda pasti terbaca di dalam forum-forum tentang kekecewaan segelintir pengedar Hai-O yang tidak dapat membuat jualan dan seterusnya terpaksa menanggung bebab hutang dengan pihak Bank.Semuanya gara-gara lambakan stok yang mereka beli kerana ingin memperolehi pangkat di dalam Hai-O dengan kadar segera.Ini bukanlah salah mereka kerana mereka mungkin mendengar nasihat dari penaja atau upline mereka yang menggalakkan mereka melambakkan stok.Sebenarnya jumlah 10 penapis air Bio aura bukanlah susah untuk dijual kerana ramai pengedar2 yang benar2 komited dengan bisnes telah dan masih berjaya menjualnya kepada pelanggan samada secara tunai mahupun hutang.Apa yang lebih penting ialah kesanggupan pengedar untuk mencari pelanggan.Kalau jumpa seorang dua yang reject terus putus asa maka ketahuilah bahawa biasanya dalam 50 orang yang kita jumpa kalau ada seorang yang mahu beli barang kita itu sudah dikira cukup baik.Apa yang penting ialah semangat dan kekuatan untuk menghadapi rintangan dan cabaran dalam berniaga.
Bercakap tentang hutang Bank Bisnes mana yang tak buat hutang Bank ? Syarikat Media Prima pun buat loan dengan Bank bila nak beli NTV7 satu ketika dulu.Nak buat bisnes Hai-O pun begitu juga kena la ada modal tapi kalau tak cukup modal kena la buat loan Bank.Bila lulus loan tu ertinya Bank tahu kita mampu bayar loan tu jadi gunalah modal yang kita dapat itu dengan sebaiknya.Jangan pula bila keluar modal nak harap orang lain pula tolong jualkan barang untuk kita.Itu bukan bisnes namanya itu sleeping partner.Bila sebut pengedar ni maka kitalah yang kena keluar dan jual barang-barang kepada pelanggan.Barang kita memmang ada orang yang nak beli cuma kadang-kadang kita tak berjumpa dengan pelanggan yang sebenar.